Cari @ Amanz

Mahkamah Korea Selatan hari ini membebaskan Pengerusi Eksekutif Samsung, Lee Jae-yong daripada kesalahan manipulasi stok dan penipuan perakaunan yang dilakukan pada tahun 2015. Selain Lee, 14 defendan lain turut didapati tidak bersalah.

Lee Jae-yong

Lee dituduh menggunakan penggabungan Samsung C&T dan Cheil Industries bagi mengukuhkan pegangan keluarga beliau di dalam Samsung. Pihak pendakwaraya memohon Lee dipenjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah. Dengan beliau kini dibebaskan, risiko beliau dipenjarakan semula kerana kesalahan memberikan rasuah kepada Presiden Park Geun-hye tidak akan berlaku.

Selepas menjalani hukuman penjara selama 18 daripada 30 bulan, beliau menerima pengampunan daripada Presiden Yoon Suk Yeol pada tahun 2022 bagi keperluan menstabilkan semula ekonomi Korea yang terjejas disebabkan oleh pandemik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd