Carian
Microsoft Akan Berkongsi Hala Tuju Xbox Minggu Depan
February 6, 2024 Effi Saharudin

Berita mengejutkan mengenai Xbox semalam ialah kedengaran ura-ura Microsoft akan menawarkan beberapa permainan eksklusif mereka ke konsol Sony PlayStation 5 dan Nintendo Switch. Permainan seperti Hi-Fi Rush, Starfield, Gears of War dan Indiana Jones dikhabarkan akan ditawarkan beberapa bulan ke konsol lain selepas ianya tiba ke Xbox. Microsoft tidak mengeluarkan kenyataan menafikan ura-ura ini.

Pagi ini Phil Spencer, ketua Perniagaan Xbox di Microsft menghantar ciapan mengatakan masa depan serta hala tuju Xbox akan diumumkan dalam sebuah acara minggu depan. Lebih banyak maklumat yang terperinci hanya akan dikongsi pada acara ini. Spector tidak langsung menafikan ura-ura semalam yang menguatkan lagi khabar angin bahawa apa yang tertiris adalah benar.

Pada suku yang lalu, perniagaan permainan video adalah penyumbang ketiga terbesar kepada Microsoft dengan ia telah memintas Windows. Jika ura-ura menjadi benar kami di Amanz merasakan ia perkembangan positif kepada golongan gamer kerana tidak lagi perlu membeli Xbox untuk menikmati permainan ekslusif mereka. Malahan sejak dilancarkan lebih 20 tahun lalu, Xbox tidak pernah ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Komen