Acara Mobile World Congress (MWC) pada tahun ini dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 29 Februari 2024. Tecno mengesahkan mereka juga akan berada di sana untuk mempamerkan pelbagai teknologi syarikat. Antara menarik perhatian tentunya PHANTOM Ultimate yang merupakan telefon boleh gulung pertamanya, yang juga menampilkan dwi-skrin boleh direnggangkan diantara 6.55-inci hingga 7.11-inci.

Selain itu terdapat juga peranti AI dan AR baharu disertakan seperti Pocket Go iaitu set permainan Windows AR yang menggabungkan cermin mata AR dan pemegang Windows. Diikuti pula Dynamic 1 yang merupakan anjing robotik dilengkapi AI dan ciri realistik yang mampu memahami arahan seterusnya melakukan tindakan seperti diminta.

Turut dilancarkan kelak adalah bahan mesra alam berteknologi canggih seperti kulit fabrik organosilicon baru, gentian kaca berlapis, kaca bertekstur berwarna dan banyak lagi. Selain juga, teknologi terkini untuk meningkatkan pengalaman pengguna seperti skrin utama boleh lipat dan teknologi komunikasi satelit.
- Sumber – prnewswire