Spotify mengumumkan penyata kewangan mereka untuk Q4 2023. Platform penstriman muzik dan podsiar nombor satu dunia ini kini mempunyai 602 juta pengguna bulanan dengan 236 juta adalah pelanggan Premium. Syarikat menjana pendapatan €3.67 bilion yang adalah peningkatan 16% berbanding suka yang sama tahun lalu.

Walaupun jumlah pengguna bulanan dan Premium terus meningkat, Spotify masih mencatatkan kerugian €70 juta (~RM358 juta). Ini masih adalah lebih baik berbanding kerugian €270 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu. Adalah menakjubkan platform penstriman muzik nombor satu dunia masih gagal mencatatkan sebarang keuntungan tahunan sejak memulakan operasi pada tahun 2006.
Penyata kewangan Spotify diumumkan seminggu selepas Joe Rogan meneruskan perjanjian dengan Spotify untuk podsiar beliau tetapi tidak lagi secara eksklusif.