Podsiar Joe Rogan Experience (JRE) kini tidak lagi eksklusif pada platform Spotify. Ini diumumkan oleh Spotify selepas Joe Rogan meneruskan kerjasama bersama mereka untuk beberapa tahun lagi dengan nilai kontrak dikhabarkan mencecah lebih RM900 juta.
Menerusi perjanjian baharu ini, Spotify akan berkongsi pendapatan iklan dengan Rogan dan JRE kini boleh ditawarkan pada platform lain seperti Apple dan YouTube. Perjanjian eksklusif JRE dan Spotify ditandatangani pada tahun 2020 dengan ia menjadi podsiar dengan jumlah penstriman tertinggi di platform tersebut.
Sejak Rogan di Spotify, jumlah penstriman podsiar di platform meningkat lebih 200 peratus. Tetapi pada waktu yang sama ia turut mendatangkan pelbagai kontroversi seperti Rogan menyebarkan maklumat tidak tepat menyebabkan beberapa artis menarik katalog mereka dari Spotify.