Carian
CEO OpenAI : ChatGPT GPT-4 Kini Sepatutnya “Kurang Malas”
February 7, 2024 Aman

CEO OpenAI, Sam Altman kini memaklumkan yang mana mereka telah menambah-baik model kecerdasan buatan GPT-4, dimana kini ia akan memberikan output dan maklumbalas lebih baik, serta pada masa yang sama, “kurang malas” berbanding sebelum ini.

Perkongsian ini hadir selepas beberapa minggu lepas, ramai yang membuat aduan kepada pembangun ChatGPT berkenaan, menyatakan model GPT-4 menjadi semakin “malas” dalam memberikan maklumbalas atau output.

Buat masa ini, pihak OpenAI tidak memaklumkan apakah yang membawa kepada “kemalasan” berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, ia masih sukar untuk mengetahui dan meramalkan kelakuan sesuatu model kecerdasan buatan. Perkara ini turut bergantung kepada input dan juga proses melatihnya.

Bagi anda yang sering menggunakan GPT-4, adakah anda dapat merasakan yang model ChatGPT berkenaan kini berfungsi dengan lebih baik berbanding sebelum ini?

Komen