Carian
Jerman Memulakan Ujian Bekerja Empat Hari Seminggu
February 7, 2024 Effi Saharudin

Gerakan bekerja sebanyak empat hari seminggu diperkenalkan di UK pada tahun 2021. Hasil ujian yang dilakukan oleh lebih 70 syarikat UK mendapati produktiviti meningkat, kakitangan kurang mengambil cuti sakit, kurang berhenti kerja dan melaporkan diri merasa lebih gembira. Kejayaan di UK membuka pintu kepada ujian yang akan dilakukan pula di Jerman.

Sebanyak 45 syarikat akan menyertai ujian fasa pertama bekerja empat hari seminggu yang dianjurkan oleh firma perundung Intraprenör dan NGO 4 Day Week Global (4DWG). Jerman kini berhadapan masalah produktiviti dan juga tenaga kerja yang semakin berkurangan. Pengenalan empat hari bekerja diharap akan dapat menarik minat orang ramai untuk kembali bekerja.

Dalam pungutan suara yang dilakukan di Jerman sebelum ini, 71% peratus responden mengatakan mereka ingin diberikan peluang bekerja empat hari seminggu. Sementara itu hanya 46% majikan berkata mereka terbuka kepada idea menawarkan waktu kerja yang lebih pendek ini.

Komen