Satelit orbit bumi rendah (LEO) masih perlu menghadapi rintangan udara walaupun ianya nipis pada ketinggian ribuan kilometer dari permukaan bumi. Dari semasa ke semasa ia perlu dinaikkan semula ke orbit asal menggunakan bahan api yang dibawa. Lama kelamaan apabila ianya habis, satelit tidak lagi mampu mengekalkan orbit dan terbakar
Angkatan Angkasa Amerika (USSF) menyatakan minat untuk membina sebuah sistem yang membolehkan bahan api pada satelit di angkasa lepas diisi semula dan turut melakukan kerja penyelenggaraan apabila diperlukan.

Bagi tujuan ini, USSF telah memilih Passive Refueling Module (PRM) yang direka oleh Northrop Grumman sebagai piawaian untuk satelit tentera dan kapal angkasa yang bakal berfungsi sebagai stesen minyak. Northrop Grumman juga diberikan kepercayaan membangunkan Geosynchronous Auxiliary Support Tanker (GAS-T) yang akan menjalan tugas ini di masa hadapan. GAS-T ialah robot yang boleh melakukan tugas di atas tanpa krew manusia.
Dengan GAS-T satelit yang berusia masih boleh terus digunakan dan ini boleh menjimatkan ratusan juta kos membuat satelit baharu dan melancarkannya sebagai ganti. Dari sudut ketenteraan, aset strategik akan dapat terus berfungsi apabila diperlukan.