YouTube Shorts Kini Mencatatkan Lebih 70 Bilion Tontonan Setiap Hari
Aman
Google kini berkongsi menyatakan YouTube Shorts kini mencatatkan lebih 70 bilion tontonan setiap hari. Selain kadar tontonan yang meningkat, YouTube Shorts juga turut memperlihatkan peningkatan kadar muat-naik sebanyak 50% berbanding tahun lepas.
Ini sekaligus memperlihatkan format video baru pada YouTube Shorts menerima kadar tontonan yang meningkat dari hari ke hari, disamping penerbit kandungan yang turut memuat-naik video dioptimasikan untuk format berkenaan.
Sejak tahun lepas juga, pihak YouTube telah mulakan perkongsian pendapatan bersama penerbit kandungan YouTube Shorts – sekaligus menjadikan ia antara platform yang menarik berbanding TikTok dan Instagram Reels dalam menjana pendapatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.