Carian
Mozilla Monitor Plus Memadam Maklumat Peribadi Daripada Broker Data
February 7, 2024 Effi Saharudin

Mozilla mengumumkan perkhidmatan Monitor Plus yang memadam maklumat peribadi pelanggan daripada broker data. Ia adalah kesinambungan kepada ciri Firefox Monitor yang sebelum ini akan memberitahu pengguna sekiranya emel mereka muncul dalam pangkalan data yang tertiris ke arena web.

Monitor Plus ialah perkhidmatan berbayar $8.99 sebulan yang memantau pula data peribadi yang mungkin dijual oleh sekitar 190 broker data profesional. Menurut Firefox ini adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing mereka.

Ia akan melakukan pemantauan secara bulanan dan memberitahu pelanggan data mereka sudah dipadam. Antara data yang boleh dipadam ialah nama, alamat dan nombor telefon pelanggan. Pada waktu ini Monitor Plus hanya ditawarkan kepada penduduk di Amerika Syarikat sahaja.

Komen