Cari @ Amanz

Pada 4 Februari lalu, Oleg Kononenko (59) secara rasmi telah menghabiskan 879 hari di angkasa lepas secara terkumpul. Angkasawan Rusia ini memintas rekod yang dipegang oleh Gennady Padalka yang menghabiskan 878 hari, 11 jam, 29 minit dan 48 saat di angkasa lepas. Kononenko kini sedang bertugas dalam misi ke-lima beliau di ISS selepas kali pertama melawatnya pada tahun 2008.

Rekod yang dipegang oleh Kononenko dijangka kekal untuk tempoh yang lama kerana beliau hanya dijadualkan pulang semula ke bumi pada 23 September. Jika tiada isu berlaku, beliau akan kembali ke bumi selepas menghabiskan 1,110 hari di angkasa lepas.

Valeri Polyakov, juga seorang angkasawan Rusia memegang rekod paling lama berada di angkasa lepas secara berterus. Beliau menghabiskan hampir 438 hari dalam kapal angkasa Mir pada tahun 1995. Misi tinggal di angkasa lepas untuk tempoh yang lama dilakukan oleh Rusia bagi melihat kesannya ke atas tubuh manusia. Seperti yang kami pernah laporan sebelum ini, antara impak yang dikesan ialah jirim putih otak mengecut dan kemusnahan 54% sel darah merah yang lebih tingi berbanding di bumi.

  • Sumber
TASS
  • Sumber

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd