Oppo Reno11 F 5G dilancarkan secara rasminya di Thailand pada hari ini. Ia menjadi tambahan baharu untuk siri Reno11 sebelum ini, yang juga mengkhususkan dalam fotografi potret.
Untuk spesifikasi, peranti menggunakan skrin OLED 2.5D FHD+ sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Selain juga dilengkapi nisbah skrin-ke-badan 93.4%, gamut warna DCI-P3 100% dan kecerahan puncak 1100nits.
Selanjutnya cip MediaTek Dimensity 7050 digunakan untuk tunjang utama bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 67W.
Turut diberikan ialah kamera utama 64MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro), kamera swafoto 16MP dan kalis air IP65 sebagai pelengkapnya. Peranti dijual pada harga THB 10,990 (~RM1,462) dengan warna seperti Palm Green, Ocean Blue, dan Coral Purple. Untuk rekod, peranti turut melepasi SIRIM yang menandakan pelancaran di Malaysia juga semakin hampir.