Beberapa minggu lepas, GoPro telah mengumumkan pengambil-alihan syarikat memfokuskan kepada helmet pintar, iaitu Forcite Helmets. Selari dengannya, kini pihak GoPro berkongsi menyasarkan akan hadir dengan helmet pintar mereka tersendiri pada 2025 kelak.
Info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi. Helmet berkenaan kelak dijangka hadir dengan kamera terbina, selain sejumlah ciri-ciri pintar yang lain.

Ini juga sekaligus membolehkan GoPro memperluaskan produk mereka meliputi pasaran lain, serta mengembangkan lagi pendapatan syarikat secara keseluruhannya.
Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pada 2025 untuk melihat helmet berjenama GoPro hadir ke pasaran.