Cari @ Amanz

Pingat Sukan Olimpik Paris telah diperlihatkan semalam dengan satu elemen yang cukup unik. Setiap pingat emas, perak dan gangsa Olimpik Paris mempunyai panel heksagon yang diperbuat daripada cebisan logam Menara Eiffel.

Sebanyak 5084 pingat akan ditawarkan pada temasya sukan yang akan berlangsung untuk kali ketiga di Paris antara 26 Julai hingga 11 Ogos depan. Acara tahun ini jatuh genap selepas 100 tahun Paris menjadi tuan rumah pada tahun 1924 dengan ia juga menjadi tuan rumah pada tahun 1900.

Keputusan meletakkan logam Menara Efifel pada pingat diambil oleh urusetia acara bagi menawarkan keunikan yang hanya boleh ditawarkan oleh Paris. Pada acara Olimpik Tokyo 2020, kesemua pingat dihasilkan menggunakan sisa elektronik yang dikitar semula.

Besi dari galang Menara Eiffel yang diganti bagi tujuan penyelenggaraan telah digunakan pada pingat-pingat ini. Sejak Olimpik dianjurkan semula pada tahun 1896, sebanyak 36,600 pingat telah diberikan kepada pemenang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd