KTM sedia mengumumkan sebelum ini akan menyokong sistem pembayaran menggunakan Apple Pay dan Samsung Wallet untuk pembayaran tiket keretapi bermula awal tahun 2024. Selari dengannya, kini sokongan tersebut telah ditambah, dan pengguna boleh menggunakannya dalam menaiki keretapi KTM.
Pengenalan ciri ini hadir selepas KTM memperkenalkan sokongan sistem pembayaran terbuka menyokong kad debit pada November 2023 lepas. Dengan langkah ini, pengguna diberikan lebih pilihan dalam pembayaran untuk menaiki keretapi KTM, dan bukannya terhad kepada membeli tiket di kaunter sahaja.
Menggunakan Apple Pay dan Samsung Wallet pula, pengguna boleh dengan mudah menyentuh peranti mereka pada terminal di pintu, dan memasuki keretapi selepasnya. Selain penggunaan peranti dengan sokongan berkenaan, pengguna turut boleh memasang aplikasi KITS KTMB, dan mengimbasnya untuk tujuan pembayaran.