Cari @ Amanz

Solana merupakan salah satu platform rantaian-blok yang popular. Sebelum ini, pada tahun 2023 lepas, Solana telah mula menawarkan telefon pintar pertama mereka yang dinamakan sebagai Solana Saga. Walaupun jualannya agak sedikit untuk pengeluaran versi pertama, kini pembangunnya turut telah mengesahkan akan hadir dengan telefon kedua Solana.

Untuk makluman, Solana Saga yang pertama terjual sekitar 20,000 unit, tetapi untuk model kedua ini, pra-tempahan awal untuknya telah pun mencapai angka 100,000. Dengan pencapaian ini, kini Solana menyasarkan untuk mengeluarkan dan memasarkan telefon kedua mereka seawal 2025 kelak.

Seperti generasi pertama, telefon kedua ini juga dijangka hadir dengan sejumlah integrasi ciri-ciri web3, termasuk kemudahan untuk jual-beli kriptowang, simpanan kriptowang, sokongan NFT, dan sebagainya. Ia dijangka masih akan kekal berasaskan kepada platform operasi Android.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan telefon kedua Solana ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd