Carian
Xiaomi Turut Mengacah Pelbagai Produk Lain Di MWC 2024 – Termasuk Kereta Elektrik
February 13, 2024 Amy Maizuraa

Pejam celik kini berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum berlangsung acara tahunan Mobile World Congress (MWC) 2024. Xiaomi merupakan salah satu pengeluar yang mengambil bahagian dan dilihat terus berkongsi rancangan syarikat untuk produk yang akan dipamerkan kelak.

Dengan tema ‘Human x Car x Home’ memberi bayangan terdapat pelbagai kategori produk lain turut disediakan yang termasuk kereta elektrik, tablet, jam tangan pintar dan robot vakum. Lebih menguatkan andaian apabila Xiaomi turut memuat naik poster baharu yang menunjukkan gambaran untuk kesemua produk dinyatakan tadi.

Sekaligus bermakna kereta elektrik Xiaomi SU7 berpotensi diperlihatkan kelak seiring dengan peranti mercu Xiaomi 14. Namun masih timbul persoalan mengenai tablet, jam tangan pintar dan robot vakum yang masih misteri setakat ini.

Komen