Carian
WhatsApp Meneruskan Ujian Penggunaan Nama Pengguna Sebagai Alternatif Nombor Telefon
February 13, 2024 Aman

WhatsApp merupakan salah satu medium komunikasi popular di Malaysia, dan ia sehingga kini menggunakan nombor telefon untuk tujuan pendaftaran. Namun, pada masa akan datang, hal berkenaan mungkin berubah tidak lama lagi.

Melalui perkongsian WABetaInfo terbaru, WhatsApp dilihat meneruskan ujian untuk penggunaan nama pengguna sebagai alternatif untuk nombor telefon. Ini sekaligus membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan nama pengguna sahaja – lebih kurang seperti pada Telegram.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum. 

Komen