Cari @ Amanz

Infinix dilihat dalam persediaan hadir dengan peranti baharu di Malaysia tidak lama lagi. Ia diumumkan Infinix melalui kemaskini di akaun rasmi yang masih dirahsiakan modelnya daripada semua pihak.

Seperkara yang menarik di sini, peranti itu akan mendapat kerjasama permainan FreeFire. Dua watak turut dikongsi dengan salah satu yang menunjukkan bayangan seakan-akan watak Moco. Selain dijangka boleh disertakan ciri dan tema tersesuai yang menjadikannya menarik seumpama peranti HOT 30 Free Fire Edition sebelum ini.

Bagi melihat lebih lanjut apakah kejutan yang disediakan Infinix pada kali ini sama-sama kita nantikan 19 Februari akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd