Dalam ulasan Xiaomi Watch 2 Pro, saya katakan yang jam tangan pintar WearOS ini adalah alternatif terbaik kepada TicWatch selepas Mobvoi menarik diri dari pasaran Malaysia. Walaupun bukan sempurna, tetapi selepas bertahun lamanya Xiaomi tidak mengeluarkan jam dengan sistem operasi ini Watch 2 Pro adalah lelaran terbaik. Terbaru, Xiaomi Watch 2 pula mungkin akan dilancarkan.
- Baca Ulasan: Xiaomi Watch 2 Pro
Xiaomi Watch 2 menggunakan skrin bulat 1.43-inci AMOLED beresolusi 466 x 466 piksel. Jam ini akan dijana cip Snapdragon W5+ Gen 1 dan menjalankan Wear OS. Ia dikatakan mempunyai ketahanan bateri sekitar 65 jam, perlindungan kalis air 5 ATM, 150 mod sukan, SpO2, pengimbas nadi, Bluetooth 5.2 dan ciri jam tangan pintar asas yang lain.
Jam ini mungkin akan dijual pada harga sekitar €200 (~RM1,027). Dengan Lei Jun mengacah pelbagai produk Xiaomi akan diperlihatkan di MWC Barcelona 2024, kita mungkin akan lihat kehadiran jam ini di acara ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.