Cari @ Amanz

Sebentar tadi Nothing Malaysia telah memaklumkan kepada kami yang telefon pintar kelas pertengahan baharu mereka Nothing Phone (2a) akan dilancarkan pada 5 Mac 2024. Acara Nothing Event: Fresh Eyes ini akan berlangsung di London dengan penstriman secara langsung boleh ditonton bermula 7.30 PM di Malaysia.

Phone (2a) adalah peranti mampu milik yang hadir dengan ciri Phone (2) seperti Glyph, menjalankan Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14, memfokuskan kepada ciri dan fungsi teras untuk pengguna serta menjemput lebih ramai orang menyertai ekosistem Nothing. Tiada informasi jelas mengenai peranti ini selain daripada rekaan sebenar yang didedahkan oleh Evan Blass.

Peranti ini dijangka akan menggunakan kamera 50MP, dijana Dimensity 7200, menggunakan skrin AMOLED 120Hz, serta menyokong pengecasan yang cukup pantas. Peranti ini telah pun melepasi SIRIM, mengesahkan ia turut akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd