Carian
Ini Adalah Rekaan Sebenar Nothing Phone (2a)
February 13, 2024 Fahim Zahar

Nampaknya rekaan Nothing Phone (2a) yang tertiris minggu lepas besar kemungkinan adalah salah. Ia mungkin adalah rekaan berdasarkan peranti Nothing yang tidak dilancarkan atau prototaip fasa awal. Evan Blass iaitu pakar peniris pelbagai informasi gajet baharu turut menjelaskan perkara ini.

Moto Nothing untuk peranti baharu mereka adalah “See the world through fresh eyes.” Jadi rekaan yang OnLeaks dan SmartPrix kongsikan adalah tidak tepat sebaliknya rekaan yang tertiris sebelum ini besar kemungkinan adalah yang sebenar. Sistem Glyph akan dikekalkan kerana perkara ini telah tertiris melalui tangkapan layar ciri ini berfungsi dalam Nothing OS.

Nothing Phone (2a) akan mempunyai kamera 50MP, skrin OLED 120Hz, menjalankan Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14 dan menyertakan ciri Nothing Phone (2). Peranti ini akan dijual pada harga mampu milik, sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Komen