Carian
ChatGPT Kini Mempunyai Memori Perbualan Yang Dilakukan Terdahulu
February 14, 2024 Effi Saharudin

OpenAI mengumumkan ciri baharu yang akan membuatkan perbualan dengan ChatGPT kurang menyakitkan hari. ChatGPT kini mempunyai kemampuan mengingati kesemua perbualan yang dilakukan oleh pengguna dengannya. Dengan ini perbualan terdahulu boleh diteruskan dengan ChatGPT mempunyai memori mengenai soalan ditanya serta jawapan yang diberikan.

Secara lalai ciri memori ini diaktifkan secara automatik kepada semua. Tetapi pengguna diberikan kuasa untuk melakukan perbualan yang tidak diingati oleh ChatGPT menerusi ciri “Temporary chat”. Pengguna juga boleh memadam memori yang telah disimpan secara manual menerusi skrin tetapan. Ia juga boleh digunakan pada GPT lain yang ditawarkan menerusi GPT Store dengan setiap satunya mempunyai memori tersendiri yang tidak bercampur aduk.

Di atas kertas ciri memori ini akan membuatkan perbualan dengan ChatGPT lebih semula jadi seakan dengan manusia kerana tidak perlu dilakukan berulang kali. Ciri ini telah diberikan kepada sebilang kecil pengguna ChatGPT percuma dan ChatGPT Plus untuk ujian awal.

Komen