Vizio merupakan salah satu pengeluar televisyen pintar yang berpusat di Amerika Syarikat. Untuk makluman, sebelum ini pada 2016 pihak LeEco pernah mengumumkan ingin mengambil-alih Vizio, namun ia dibatalkan pada awal tahun 2017.
Terbaru, ia kini dilaporkan Walmart dalam perbincangan untuk mengambil-alih pengeluar televisyen pintar berkenaan. Walmart dijangka akan membayar lebih $2 bilion untuk mengambil-alih Vizio.
Untuk Walmart yang sedia popular dalam arena peruncitan di Amerika Syarikat, dijangka akan mengukuhkan kedudukan dalam arena pengiklanan, disamping mempunyai kawalan pada pasaran televisyen di Amerika Syarikat.
Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan hal ini.