Carian
Infinix HOT 40 Pro Ke Pasaran Malaysia Pada 19 Februari 2024
February 14, 2024 Amy Maizuraa

Persoalan mengenai produk baharu infinix yang bakal tiba di Malaysia akhirnya terjawab melalui perkongsian baharu. Ia menjadi pengenalan untuk model HOT 40 Pro dan ditawarkan secara rasmi pada 19 Februari 2024. Ketika Infinix cuba berahsia mengenai sebahagian besar perkakasan dalaman, peranti didapati telah tersenarai di laman penjual tempatan DirectD berserta harga jualan.

Peranti dilengkapi skrin IPS LCD 120Hz FHD+ (1080 x 2460 piksel) berukuran 6.78-inci. Digabung juga cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan 256GB sebagai tunjang utama. Bateri pula sebesar 5,000mAh dengan pengecasan 33W, selain memuatkan kamera utama 108MP + 2MP dan swafoto sebesar 32MP. Ia disenaraikan pada RM699 dengan pilihan warna Black, Blue dan Gold.

Turut disenaraikan ialah Infinix Hot 40i yang dijual pada RM549. Ia dilengkapi cip kelas asas Unisoc T606 bersama memori 8GB RAM dan storan 256GB. Skrin pula sejenis IPS LCD 90Hz HD+ berukuran 6.56-inci, diikuti juga bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W, kamera utama 50MP dan swafoto 32MP sebagai pelengkap.

Komen