Cari @ Amanz

Kewujudan Xiaomi 14 Ultra telah disahkan melalui kenyataan Lei Jun sebelum ini dan kini rekaannya pula muncul dalam beberapa imej yang tular. Di sini jelas menunjukkan peranti tidak diberi perubahan rekaan yang ketara dengan panel belakang berasaskan kulit palsu dan bonggol kamera besar. Kedudukan sensor dan penjenamaan Leica juga sama seperti sebelum ini.

Kalau adapun perubahan mungkin hanya penambahan sedikit benjolan pada modul kamera untuk sedikit kelainan. Kemudian butang kuasa dan laras audio diletakkan di sebelah sisi kanan. Diikuti juga port USB-C dan pembesar suara di bahagian bawah. Seperkara yang perlu disedari ialah kekurangan pemancar merah (IR Blaster) namun dijangka tidak mungkin Xiaomi akan meninggalkan ciri tambahan tersebut.

Gambar sekadar hiasan – Xiaomi 13 Ultra

Masih belum jelas mengenai perkakasan dalam namun dijangka boleh terdapatnya variasi titanium disediakan. Jangkaan harga pula boleh mencapai €1,499 (kira-kira ~RM7,686).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd