Cari @ Amanz

Xiaomi telah pun melancarkan dua peranti Leica baharu mereka di China tahun lepas, iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro. Tahun ini, Xiaomi dikatakan akan hanya membawa masuk satu model sahaja ke pasaran Malaysia. Versi global bagi dua peranti ini dijangka akan dilancarkan di MWC Barcelona 2024 akan datang.

Lei Jun baru-baru ini memberitahu yang beliau akan memfokuskan kepada perniagaan kenderaan elektrik bagi menjayakan Xiaomi SU7. Untuk telefon pintar, William Lu telah dilantik menjadi pengurus baharu. Lei Jun dan William Lu mengesahkan yang Xiaomi 14 Ultra akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tidak pasti jika Xiaomi 14 Ultra akan dilancarkan bersama-sama siri Xiaomi 14 untuk pasaran global. Dengan tiada model Pro di Malaysia tahun ini, diharapkan 14 Ultra akan ditawarkan. Peranti ini dikatakan akan menawarkan sensor kamera 1″ Sony, lensa Leica, dijana Snapdragon 8 Gen 3 dan menyokong pengecasan nirwayar pantas 80W. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut peranti ini nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd