Carian
OpenAI Sora Boleh Menjana Video 60 Saat Beresolusi Tinggi
February 16, 2024 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) generatif mempunyai kelemahan tidak boleh menjana video beresolusi tinggi yang nampak realistik. Hari ini kelemahan ini berjaya diselesaikan oleh Sora, AI generatif terkini oleh OpenAI yang boleh menjana video realistik beresolusi tinggi sehingga 60 saat. Beberapa contoh video yang dikongsi oleh OpenAI menerusi akaun rasmi mereka amatlah menakjubkan.

Menurut OpenAI, Sora boleh menjana imej dari pelbagai sudut dan pelbagai gaya dengan hanya memasukkan prom yang sama seperti yang dimasukkan ke dalam DALL.E 3. Sungguhpun visual yang dihasilkan nampak realistik, OpenAI berkata Sora masih mempunyai beberapa kekurangan.

Contohnya ialah ia masih belum benar-benar mampu melalukan simulasi fizik dan babak-babak yang kompleks. Kadang kala ia tidak memahami arahan dengan tidak tahu membezakan arah kiri atau kanan. Ia turut tidak memahami konteks seperti video di atas yang nampak sangat tidak masuk akal sedangkan hanya diarahkan untuk menjana video kerusi digali dari dalam tanah.

Menyedari bahaya yang mungkin wujud dengan Sora kini boleh diakses pengguna, OpenAI sedang berusaha membenamkan maklumat data meta pengesahan kesahihan kandungan C2PA pada setiap video yang dijana. Pada ketika ini ia hanya disokong pada AI generatif menjana imej DALL.E 3 sahaja.

Komen