Cari @ Amanz

Google mengumumkan mereka telah menyertai Gabungan Untuk Kandungan Asal dan Ketulenen (C2PA) yang memudahkan pengesanan imej palsu di atas talian bagi menentang penyebaran maklumat yang tidak tepat. Dengan penyertaan Google, C2PA kini semakin kukuh selepas turut disokong oleh Adobe, Microsoft, Sony, Meta, BBC, ARM, Intel, TruPic dan Twitter.

Label imej dijana oleh AI menerusi piawaian Content Creation C2PA

Piawaian pertama C2PA telah diumumkan pada Januari 2020 sebagai yang pertama diseragamkan oleh pemain industri. Sebarang perubahan pada kandungan digital asal akan dapat dikesan menggunakan C2PA di masa hadapan. Dengan perisian digital yang boleh menukar wajah dan suara dalam video semakin berkuasa, keaslian kandungan digital di atas talian adalah perlu. Lebih-lebih lagi di zaman AI boleh menjana imej palsu yang realistik dalam masa beberapa saat sahaja.

Semalam Meta baru sahaja mengumumkan akan memaparkan label khas dalam kandungan dijana AI di Instagram, Facebook dan Threads. Google pula tahun lalu mengumumkan sistem SynthID untuk melabel imej dijana AI dan melabel imej AI dalam keputusan carian Gogle Images.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd