Apple telah pun melancarkan Apple Vision Pro secara rasminya di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, sekaligus menjadikan ia antara teknologi baharu yang diperkatakan ramai kebelakangan ini. Namun, akhir-akhir ini, ramai pengguna yang membelinya telah memulangkan kembali kerana penggunaannya yang tidak begitu selesa, terlalu berat, aplikasi terhad, selain sejumlah sebab lain.

Terbaru, mengikut laporan Bloomberg, ia dikongsikan yang mana Apple mungkin hadir dengan Apple Vision Pro generasi kedua sekitar 18 bulan lagi. Berkemungkinan besar, generasi kedua peranti berkenaan akan menyelesaikan sejumlah masalah yang diperkatakan pengguna awal peranti berkenaan.

Desas-desus sebelum ini juga mengatakan Apple mungkin hadir dengan variasi berharga lebih rendah untuk membolehkan kadar penggunaan peranti berkenaan lebih tinggi. Pada hari ini, Apple Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar RM18,000, dan ditawarkan terhad di Amerika Syarikat sahaja.
Ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan mula memperluaskan penawaran ke negara-negara lain, termasuk Malaysia.