Carian
Kehadiran Peranti Boleh Pakai Baharu OnePlus Mula Diacah Menerusi Poster Rasmi
February 20, 2024 Amy Maizuraa

Kehadiran peranti boleh pakai generasi baharu OnePlus diacah secara rasmi melalui ciapan terkini di Twitter. Ketika ini OnePlus cuba berahsia tentang butiran lanjut produk. Bagaimanapun daripada apa yang pernah tular sebelum ini ramai yang mengaitkannya dengan OnePlus Watch 2.

Dalam gambar yang jam tangan ini boleh mempunyai muka berbentuk bulat dengan dua butang kawalan di bahagian sisi. Salah satu daripadanya dijangka sejenis tombol berputar untuk kawalan tambahan.

Selain turut boleh menggunakan kerangka berasaskan logam dalam kemasan warna gelap untuk tampil lebih premium. Di samping menyokong WearOS yang sudah tentu mampu menawarkan pengalaman keseluruhan yang lebih baik.

Butiran lanjut tentang produk dijangka boleh dikongsi dalam masa terdekat memandangkan tarikh pelancaran MWC 2024 juga semakin hampir.

Komen