Sebelum penggunaan nombor pada versi Android, saban tahun maskot baharu yang diumumkan oleh Google untuk sistem operasi mereka. Robot Android dengan motif lebah misalnya diperlihatkan semasa Android 3 Honeycomb dilancarkan. Tahun lalu nama rasmi untuk robot Android ini didedahkan sebagai The Bot.

Bagi pengumpul figura, Google kini menjual figura The Bot secara rasmi. Setiap figura The Bot adalah setinggi 3 inci dengan setiap satunya berwarna hijau serta diperbuat daripada bahan vinil. Bahagian tangan, kepala dan antena kepala boleh digerakkan oleh pemilik.
Setiap figura The Bot ini dijual pada harga $16 (~RM77) sebuah menerusi laman rasmi Google. Jika anda berminat sila pergi ke pautan di bawah.