Sony PlayStation Portal ialah sebuah konsol mudah alih yang boleh memainkan permainan PlayStation 5 tetapi hanya menerusi penstriman. Oleh sebab itu ia harus mempunyai sambungan internet sepanjang masa. Tetapi ia kini telah diubahsuai bagi membolehkan ia memainkan permainan Playstation Portable (PSP) secara terus.
Dua jurutera Google berjaya menjalankan perisian emulator PPSSPP secara terus di Portal. Gambar yang dikongsi menerusi X menunjukkan Portal menjalankan permainan Grand Theft Auto: Liberty City Stories. Yang menjadikan berita ini menarik ialah tiada perubahan pada perkakasan diperlukan dan menurut pembangun kesemuanya dilakukan pada peringkat perisian sahaja.
Mengapa Sony tidak membenarkan sahaja ciri yang pada Portal sejak dari awal tidak diketahui. Isu yang kami alami dengan Portal ialah memerlukan sambungan internet yang pantas sepanjang masa. Sekiranya ini tidak dipenuhi, permainan yang distrim tidak lancar. Diharap dengan perisian Portal telah berjaya diubahsuai, Sony akan akhirnya akur dan memberikan sahaja emulator rasmi PSP pada peranti mudah alih ini.