Kecerdasan buatan (AI) generatif Sora oleh OpenAI tular di media sosial minggu lalu kerana kemampuan menjadi video resolusi tinggi yang kelihatan cukup realistik. OpenAI masih belum menawarkannya secara terbuka atas sebab keselamatan. Bagi yang ingin mengaksesnya, Sora disahkan akan hadir ke Microsoft Copilot
Microsoft sedia mengintegrasikan teknologi OpenAI seperti ChatGPT dan juga Dall-E pada penawaran mereka, CoPilot. Terbaru, dengan perkongsian OpenAI untuk teknologi penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan yang dinamakan Sora, pihak Microsoft berkongsi menyatakan kelak ciri berkenaan akan turut hadir ke CoPilot.
Namun, ia akan mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan pada CoPilot. OpenAI sendiri masih belum membuka penawaran Sora kepada umum.
Sora membolehkan pengguna menjana video berkualiti tinggi 60 saat dengan menggunakan input berasaskan teks sahaja. OpenAI masih tidak berkongsi pelbagai perkara berkaitan Sora ini, termasuk masa penjanaan dan sebagainya.
Sama-sama kita nantikan perkembangan Sora ini, dan pada masa yang sama bagaimana pembangun teknologi kecerdasan buatan lain akan hadir dengan penawaran masing-masing yang menyaingi Sora.