Bagi memenuhi Digital Market Act (DMA) oleh Kesatuan Eropah (EU, Apple bersetuju melakukan perubahan kepada App Store serta menawarkan stor pihak ketiga yang selama ini enggan mereka lakukan. Menurut laporan Financial Times yang memetik sumber dalaman, Microsoft dan Meta melobi kepada EU supaya menolak perubahan yang dilakukan ole Apple ini.
Alasan yang diberikan ialah Apple tidak benar-benar mematuhi keperluan DMA. Sebagai contoh walaupun stor pihak ketiga dibenarkan hanya di EU, Apple akan mengutip bayaran €0.50 untuk setiap pemasangan aplikasi setiap tahun. Ini menjadikannya stor alternatif yang tidak menguntungkan kepada pembangun yang ingin berurusan di luar ekosistem Apple khususnya yang menawarkan aplikasi percuma.
Microsoft dan Meta sebelum ini telahpun mengeluarkan komen mengatakan perubahan yang dilakukan Apple ini sebenarnya tidak sejajar dengan DMA yang ingin menawarkan pilihan kepada penduduk EU. DMA akan berkuat kuasa 7 Mac depan dengan EU masih belum mengeluarkan kenyataan untuk menerima perubahan yang akan dilakukan Apple.