Xiaomi 14 dan 14 Ultra Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 Mac
Effi Saharudin
Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra telah dilancarkan ke pasaran global semalam. Hari ini Xiaomi Malaysia mengesahkan kedua-dua peranti mercu ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 7 Mac hadapan.

Xiaomi 14 dilengkapi skrin 6.36″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB, bateri sebesar 4610 mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Sementara itu kamera utama menggabungkan sensor 50+50+50MP dengan lensa Leica dan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti menggunakan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14. Akhir sekali Xiaomi 14 melepasi piawaian IP68.
[info] Pandang Pertama Xiaomi 14 – Kamera Leica Semakin Mencabar [/info]
Xiaomi 14 Ultra pula dilengkapi skrin 6.73″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Sementara itu kamera utama menggabungkan sensor 50+50+50+50MP dengan lensa Leica dan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti juga menggunakan sistem operasi HyperOS berasaskan Android 14. Akhir sekali Xiaomi 14 Ultra melepasi piawaian IP68.