Carian
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Dijenamakan Semula Sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
February 26, 2024 Effi Saharudin

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dijenamakan semula. Semalam di MWC Barcelona, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan PEDi akan menggunakan nama baharu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bermula 1 Mac ini.

Peranan kesemua 911 pusat NADI di seluruh negara akan diperluas. Sebanyak 186 lagi pusat baharu akan dibuka menjelang penghujung tahun ini. NADI akan menjadi pusat orang ramai mengetahui inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat serta sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan.

Penjenamaan semula PEDi kepada NADI dilakukan selepas pungutan suara yang dilakukan mendapati hanya orang ramai yang tinggi berdekatan pusat PEDi mengetahui kewujudannya. Selepas penjenamaan diharapkan NADI akan dimanfaatkan bukan sahaja oleh komuniti setempat tetapi secara lebih meluas memandangkan kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar.

Komen