Razer Iskur X Mobile Suit Gundam Edition dilancarkan dengan ia adalah kolaborasi mereka dengan siri animasi robot yang cukup popular di dunia. Kerusi Razer Iskur V2 kini boleh dibeli dengan rekaan menampilkan robot RX-78-2 Gundam dan Zaku II dalam warna hijau serta merah. Ia masih lagi kerusi yang sama cuma dengan rekaan berbeza.

Turut ditawarkan oleh Razer ialah empat rekaan baju yang juga menampilkan imej RX-78-2 Gundam dan Zaku II. Kesemua produk edisi khas ini ditawarkan dalam jumlah yang terhad. Pada waktu ini Razer belum berkongsi harga jualan untuk Iskur X Mobil Suit Gundam serta empat baju dengan rekaan yang sama.

Razer Iskur V2 yang dilancarkan pada bulan Januari lalu boleh menumpang berat sehingga 136kg. dengan ia dijual pada harga $650 (~RM3,106).