Samsung pada acara MWC 2024, telah pun memperlihatkan cincin pintar mereka secara rasminya kepada umum. Selari dengannya juga, pihak Samsung melalui sebuah sesi khas, turut berkongsi menyatakan cincin pintar ini akan menawarkan masa penggunaan antara 5 ke 9 hari.
Masa penggunaan lama ini adalah disebabkan oleh ketiadaan skrin padanya, sekaligus membolehkan saiz bateri yang kecil digunakan untuk tempoh yang agak lama.
Galaxy Ring dijangka akan diintegrasikan bersama Samsung Health, sekaligus membolehkan pengguna memantau sejumlah perkara melibatkan kesihatan dan kecergasan.
Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi bilakah Samsung akan melancarkan dan menjual secara rasminya cincin pintar mereka ini.