Honor pada hari ini sedia menawarkan telefon boleh-lipat yang membawa rekaan seumpama buku – dimana ia boleh dibuka dan digunakan pada saiz skrin lebih besar. Disamping itu, kini CEO Honor turut mengesahkan mereka akan hadir dengan telefon boleh-lipat dengan rekaan “cangkerang” pada tahun ini – sekaligus menyaingi penawaran Samsung.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan Honor turut menawarkan variasi telefon boleh-lipat pada harga lebih rendah, sekaligus mempunyai capaian pasaran lebih luas.
Perkongsian ini hadir ketika sesi khas bersama CEO Honor di MWC 2024. Beliau juga pada masa yang sama berkongsi sedang melihat kepada pembangunan cincin pintar, dan bakal hadir dengan penawaran tersendiri pada kategori tersebut tidak lama lagi.