Carian
Aplikasi TnG eWallet Akan Memperlihatkan Wajah Baru Tidak Lama Lagi
February 29, 2024 Nazrin

Kami telah melaporkan bahawa aplikasi Touch’n’Go eWallet akan melalui banyak perubahan pada tahun ini, termasuklah pengenalan beberapa ciri-ciri baru dan juga mewajibkan pengesahan eKYC untuk pengguna baru dan lama.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama dengan perubahan-perubahan ini, kami juga telah diberitahu bahawa aplikasi TnG eWallet akan memperlihatkan antaramuka serba baharu tidak lama lagi. Tidak banyak butiran yang diberitahu mengenai pembaharuan antaramuka aplikasi ini, tetapi ia berkait-rapat dengan ciri-ciri baru yang diperkenalkan.

Sedikit apa yang kami tahu setakat ini ialah ia bukan sahaja akan merumahkan fungsi-fungsi aplikasi sedia ada, tetapi juga ruangan baru untuk ciri-ciri baru yang akan tiba, dan juga ruangan khusus untuk peniaga-peniaga yang menggunakan TnG eWallet khususnya mereka yang juga mahu memanfaatkan ciri-ciri baru untuk mereka, seperti dompet digital untuk peniaga, pinjaman wang, pelaburan wang dan juga insurans khusus untuk peniaga.

Pembaharuan rekaan antaramuka ini dikatakan akan tiba tidak lama lagi, dan akan memperlihatkan Touch’n’Go eWallet sebagai aplikasi terpilih untuk semua keperluan perkhidmatan kewangan anda.

Komen