Dalam satu keputusan yang agak mengejutkan, Microsoft mengumumkan sokongan aplikasi Android pada sistem operasi Windows 11 akan dihentikan bermula 5 Mac 2025. Ini akan sekaligus menghentikan sokongan aplikasi Android yang diberikan sejak 2022.

Sistem Windows Subsystem for Android tidak akan diteruskan yang membuatkan aplikasi baharu tidak boleh dimuat turun selepas 5 Mac 2025. Aplikasi yang telah dipasang akan boleh terus digunakan. Pada waktu yang sama bemula 6 Mac 2024, aplikasi Android tidak lagi akan dipaparkan apabila melakukan carian menerusi App Store.
Bagi pembangun pula mereka tidak boleh menerbitkan aplikasi Android baharu ke Windows selepas 5 Mac 2024. Aplikasi sedia ada masih boleh dikemaskini oleh pembangun yang ingin terus memberikan sokongan kepada pengguna.