Carian
Meta Terpaksa Menggunakan X Untuk Mengesahkan Berlaku Gangguan Pada Facebook dan Instagram
March 6, 2024 Effi Saharudin

Lewat malam tadi Facebook, Instagram, Threads dan Meta Quest mengalami isu gagal diakses. Pada Facebook pengguna diarahkan supaya melakukan log masuk semula tetapi segala usaha yang dilakukan hanya sia-sia. Ia menyebabkan pemegang akaun panik kerana menyangka akaun mereka telah digodam.

Kerana kesemua laman mereka mengalami kegagalan, Meta menggunakan X untuk mengesahkan perkhidmatan mereka mengalami gangguan. Ketua komunikasi Meta, Andy Stone pada awalnya mengesahkan terdapat masalah mereka sedang menyesaikannya secepat mungkin sebelum mengatakan ia disebabkan ia isu teknikal yang tidak diperincikan sebabnya.

Turut tidak didedahkan. mengapa hanya WhatsApp berfungsi secara normal ketika aplikasi lain semuanya bermasalah.Kesemua perkhidmatan Meta telahpun kembali normal pagi ini dua jam selepas masalah dilaporkan. Kegagalan platform media sosial Meta ini menjadi bahan untuk Elon Musk dan Meta untuk berseloroh.

Komen