TheNoor merupakan salah satu aplikasi mudah-alih memfokuskan gaya hidup muslim, dan telah ditawarkan sejak beberapa tahun lepas. Kini, bersempena dengan bulan Ramadan menjelang tiba, pihak TheNoor turut menyasarkan untuk hadir dengan beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka.

Salah satu ciri yang kini diacah adalah sokongan untuk melakukan panggilan kejut sahur sepanjang Ramadan. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ciri ini akan berfungsi sepenuhnya. Mengikut imej acah yang dikongsikan, ia dikatakan pengguna akan menerima panggilan untuk kejutan sahur sepanjang hari di bulan Ramadan kelak.
Untuk makluman, sebelum ini, pihak ServisHero pernah hadir dengan penawaran lebih kurang sama sekitar tahun 2016 lepas. Dengan perkongsian terbaru pihak TheNoor ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan bagaimanakah ciri ini akan berfungsi dan boleh digunakan ramai kelak.