Carian
Apple Dilaporkan Sedang Bangunkan MacBook Boleh-Lipat 20.3-inci
March 7, 2024 Aman

Ming-Chi Kuo kini berkongsi ramalan terbaru mengikut pergerakkan industri, menyatakan buat masa ini, mengikut tinjauan beliau, satu-satunya produk boleh-lipat yang sedang dibangunkan oleh Apple adalah MacBook bersaiz 20.3-inci.

Sekiranya semua berjalan dengan lancar, pengeluaran untuk MacBook dengan skrin boleh-lipat ini dijangka akan dilakukan sekitar 2027 kelak. Apa pun, ia sekadar analisa mengikut tinjauan awal sahaja.

Buat masa ini, terdapat beberapa komputer riba dengan skrin boleh-lipat, termasuk antaranya HP Spectre Fold, Lenovo ThinkPad X1 Fold dan beberapa yang lain.

Komen