Lima tahun lepas, Google pernah menguji ciri memuat turun aplikasi secara serentak di Play Store. Ciri ini dapat saya gunakan untuk banyak peranti, tetapi saya sedari Google sebenarnya sudah bertahun mengehadkan semula hanya satu aplikasi boleh dimuat turun. Baru-baru ini, Google nampaknya menguji ciri yang sama sekali lagi.
Menurut sumber, Google hanya mengehadkan dua aplikasi boleh dimuat turun secara serentak. Kemudian ciri ini tidak menyokong ketika mengemaskini aplikasi dan hanya boleh dilakukan ketika memuat turun aplikasi baharu sahaja.

Apa-apa pun, ini hanyalah ujian yang Google lakukan secara senyap. Pengguna yang ingin mencuba ciri ini perlu root peranti dan mengubah kod aplikasi Play Store. Saya mengharapkan ciri ini akan diedarkan kepada semua orang, kerana di zaman 5G dan WiFi 7 dengan akses Internet pantas tidak logik untuk aplikasi dimuat turun satu demi satu.