New York Times Mula Mengugut Saman Terhadap Pembangun-Pembangun Klon Wordle
Nazrin
Wordle, permainan web dimana pengguna perlu meneka perkataan lima abjad rawak setiap hari telah dibeli oleh New York Times dua tahun lalu. Ia bukan suatu yang mengejutkan, tetapi terdapat banyak klon aplikasi Wordle yang dibangunkan oleh orang ramai dalam pelbagai bahasa yang lain.
Perkara ini nampaknya tidak begitu digemari oleh New York Times, dan syarikat konglomerat media tersebut nampaknya telah mula mengugut saman terhadap syarikat-syarikat lain yang telah membangunkan klon permainan web mereka.

Ia tidak diketahui mengapakah New York Times telah mula menyaman pembangun-pembangun kecil mengenai pembangunan klon aplikasi tersebut, khususnya apabila kebanyakannya dapat dilihat hadir dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris. Malah, perkara ini dilihat memberi kesan di platform-platform lain juga.
Ia dijangka bahawa banyak pembangun-pembangun kecil akan menutup penawaran permainan mereka kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk mencabar saman daripada New York Times.
Aplikasi novel digital Cereka sebelum ini mempunyai permainan Certeka terbina, akan tetapi kerana notis yang dikeluarkan oleh Apple, aplikasi tersebut telah diminta untuk membuang ciri tersebut kerana ia memiripi Wordle yang dimiliki oleh New York Times.
[sumber]Android Headlines[/sumber]