Carian
Oppo Mengacah Kehadiran Reno11 F 5G Di Malaysia
March 11, 2024 Amy Maizuraa

Oppo mengumumkan bahawa peranti baharu Reno11F 5G akan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tarikh pelancaran dirahsiakan buat masa ini namun berpotensi diumumkan dalam masa terdekat. Begitu juga dengan spesifikasi dalaman yang juga dijangka serupa dengan versi di Indonesia sebelum ini.

Sekiranya sama peranti boleh menggunakan skrin OLED 2.5D FHD+ sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Diikuti juga cip Dimensity 7050, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000mAh untuk tunjang utama. Turut diberikan ialah kamera utama 64MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro), kamera swafoto 16MP dan kalis air IP65.

Peranti turut boleh ditawarkan dalam kemasan serba biru dengan panel belakang yang berkilat. Diikuti juga bonggol kamera yang memuatkan sistem tri-kamera berserta sebuah LED Flash. Tubuh pula sejenis rata bersama sisi yang dibulatkan untuk lebih keselesaan. Lebih banyak butiran mengenai peranti boleh didedahkan dari masa ke semasa.

Komen