Cari @ Amanz

Enggan terus berteka-teki Honor Malaysia berkongsi secara terbuka mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk peranti mercu Magic6 Pro. Ia dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 20 Mac 2024. Dalam masa sama turut boleh diakses secara dalam talian melalui media sosial rasmi bermula jam 3 petang.

Seterusnya tempahan awal turut boleh dibuat bermula hari ini sehingga 20 Mac 2024 dengan meletakkan deposit serendah RM66. Lebih menarik apabila hadiah eksklusif sehingga RM2,259 disediakan yang termasuk Honor SuperCharge Wireless Charger Stand, Honor Watch 4, Honor Earbuds X6, waranti tambahan selama setahun dan jaminan perlindungan skrin retak selama setahun. Selain itu, pembeli terawal juga layak mendapat sehingga 5X ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh kelak.

Honor Magic6 Pro mempunyai banyak peningkatan yang baik termasuklah perkakasan dalaman dan keupayaan kameranya. Selain itu, Honor juga mengukuhkan lagi produk baharu ini dengan inovasi lebih luas berbanding sebelum ini. Nantikan pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenai ketersediaannya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd