Dengan kebanyakan perkhidmatan kecerdasan buatan telah mula menyokong arahan suara seperti Google Gemini, Microsoft Copilot, ChatGPT dan banyak lagi, masing-masing berlumba untuk menjadi pengganti pembantu maya pada peranti Android. ChatGPT telah boleh menggantikan Alexa atau Google Assistant. Terbaru, giliran Microsoft pula ingin menawarkan pengguna untuk menetapkan Copilot sebagai pembantu maya utama peranti Android.

Ciri ini dilihat telah tersedia kepada aplikasi Copilot stabil di Play Store dan tidak lagi terhad kepada pengguna beta. Dalam cubaan saya, Copilot dilihat tidak boleh menjadi pembantu maya utama. Ini kerana, Copilot tidak menyokong seruan suara dan hanya boleh diseru dengan kawalan gestur. Kemudian, selepas Copilot diseru – tetapan lalai adalah memberi arahan dengan menaip bukan boleh terus memberi arahan suara.

Copilot turut tidak mempunyai akses peranti Android, jadi ia tidak menyokong ciri asas pembantu maya seperti untuk membuka aplikasi atau menukar tetapan dan sebagainya. Jika anda menetapkan perkhidmatan AI Microsoft ini sebagai pembantu maya peranti Android, ia hanya lebih kepada akses pantas untuk tanya AI maklumat. Adakah anda ingin mencubanya?